Wednesday, February 17, 2010



LATAR BELAKANG SALMI MANJA


Nama sebenar Salmi Manja ialah Saleha Abdul Rashid. Penulis tahun 80- an ini lahir di Singapura pada tanggal 24 Julai 1937. Selain daripada Salmi Manja, beliau turut menggunakan nama pena seperti Melati Desa dan Rashidah Salleh. Usman Awang memanggilnya dengan gelaran Salmi Manja yang bermaksud "namaku Manja" dalam Utusan Malaysia pada 4 Februari 1994. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah arab darul Maarif , Ipoh Lane, Singapura.

Kemudian, beliau menuruskan pengajiannya di Sekolah Inggeris Tong Chai, Tanjung Katong, Singapura. Setelah menamatkan pelajaran, beliau melangkah ke alam pekerjaan dengan memegang jawatan sebagai guru di sekolahnya yang terdahulu iaitu Sekolah Arab Darul Maarif , Ipoh Lane, Singapura. Selain itu, Salmi Manja turut bergerak sebagai wartawan di akhbar Semananjung.

Salmi Manja berhenti menulis seiring dengan peletakan jawatannya sebagai wartawan dengan akhbar Mingguan Tanah Air pada 1980- an. Saleha Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Salmi Manja mula mengenali suaminya semasa berlangsungnya pameran kraftangan di sekolahnya pada masa itu. M. Ghazali mempelawa A. Samad Said untuk melihat baju sejuk hasil kerja tangan Salmi Manja sendiri. Perkenalan itu telah membawa kepada jinjang pelamin pada 9 April 1958. Hasil perkongsian hidup beliau dan suami, mereka dianugerahkan empat orang cahaya mata iaitu Siti Senja, Helmy, Sita Dini dan Sina Raihan.

Pada peringkat awal penulisannya, Salmi Manja banyak mengungkapkan tema kewanitaan dengan hukum Islam menjadi neraca dalam karyanya. Kecenderungan terhadap menghasilkan karya berkaitan kehidupan dimulakan dengan penulisan novel sulungnya iaitu Hari Mana Bulan Mana pada tahun 1960. Himpunan cerpennya ialah Daun- daun Berguguran bersama A. Samad Said yang membawa tema penderitaan dalam karya-karyanya.

Setelah tidak lagi aktif menulis, Salmi Manja bekerja semula di majalah Keluarga dan kemudian majalah Nora dengan memantau ruangan sastera.

4 comments:

  1. Hari Mana Bulan Mana ni mengisahkan tentang apa ye? apa tema dan isunye ye? :)

    ReplyDelete
  2. terbit semula "Sayang Ustazah Sayang'

    ReplyDelete
  3. Cik Mawar Shafie tak semak ke..banyak maklumat yang SALAH..contoh Mak Salmi ini bukan penulis 80-an!

    ReplyDelete
  4. Cik Mawar Shafie tak semak ke..banyak maklumat yang SALAH..contoh Mak Salmi ini bukan penulis 80-an!

    ReplyDelete