Wednesday, February 17, 2010

Secangkir Kasih

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga kami menyiapkan tugasan blog dalam tempoh yang diberikan. Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Mawar Shafie kerana tidak jemu-jemu memberikan penerangan dan tunjuk ajar dari semasa ke semasa bagi melengkapkan blog tokoh yang dikaji. Tanpa bantuan beliau sudah pasti sukar bagi kami untuk menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepada Pegawai Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka kerana membenarkan kami mendapatkan rujukan dan maklumat yang bagi menyempurnakan tugasan kami ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan sekumpulan yang telah berusaha dengan bertungkus lumus bagi menyempurnakan tanggungjawab dan tugasan untuk melunaskan kewujudan blog ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan di bawah satu kursus kerana sokongan dan dorongan dalam menyiapkan tugasan ini.

Blog ini merupakan sebahagian daripada penilaian untuk kursus SKMM 1043 iaitu Cerpen Melayu yang dikelolakan oleh Dr Mawar Shafie di bawah Program Persuratan Melayu, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tugasan ini melibatkan pelajar tahun satu semester kedua bagi sesi 2009/2010 kursus Cerpen Melayu. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 hingga 4 orang ahli akan diberikan seorang tokoh sastera untuk tujuan kajian pelajar. Pengkajian tentang tokoh ini terdiri dari pelbagai aspek iaitu latar belakang tokoh, anugerah dan pengiktirafan serta karya dan sumbangannya dalam bidang penulisan khususnya bidang cerpen. Selain Salmi Manja, terdapat juga beberapa tokoh sastera tempatan yang lain seperti
Ishak Haji Muhammad, Ali Majod, Usman Awang, Abdullah Tahir, Mana Sikana, A. Samad Said, Awam il-Sarkam, Hamzah Hussain dan Zaharah Nawawi. Tokoh-tokoh ini telah disenaraikan sebagai tokah dalam kajian untuk kursus kami. Setiap seorang tokoh telah diamanahkan untuk setiap kumpulan membuat kajian tentang tokoh-tokoh ini. Kami berharap kepada sesiapa sahaja yang melayari blog ini akan mendapat manfaat bersama dan akan mendapat lebih informasi tentang Salmi Manja serta tokoh-tokoh sastera tempatan yang telah dikaji.

No comments:

Post a Comment