Wednesday, February 17, 2010

Secangkir Kasih

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga kami menyiapkan tugasan blog dalam tempoh yang diberikan. Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Mawar Shafie kerana tidak jemu-jemu memberikan penerangan dan tunjuk ajar dari semasa ke semasa bagi melengkapkan blog tokoh yang dikaji. Tanpa bantuan beliau sudah pasti sukar bagi kami untuk menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepada Pegawai Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka kerana membenarkan kami mendapatkan rujukan dan maklumat yang bagi menyempurnakan tugasan kami ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan sekumpulan yang telah berusaha dengan bertungkus lumus bagi menyempurnakan tanggungjawab dan tugasan untuk melunaskan kewujudan blog ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan di bawah satu kursus kerana sokongan dan dorongan dalam menyiapkan tugasan ini.

Blog ini merupakan sebahagian daripada penilaian untuk kursus SKMM 1043 iaitu Cerpen Melayu yang dikelolakan oleh Dr Mawar Shafie di bawah Program Persuratan Melayu, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tugasan ini melibatkan pelajar tahun satu semester kedua bagi sesi 2009/2010 kursus Cerpen Melayu. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 hingga 4 orang ahli akan diberikan seorang tokoh sastera untuk tujuan kajian pelajar. Pengkajian tentang tokoh ini terdiri dari pelbagai aspek iaitu latar belakang tokoh, anugerah dan pengiktirafan serta karya dan sumbangannya dalam bidang penulisan khususnya bidang cerpen. Selain Salmi Manja, terdapat juga beberapa tokoh sastera tempatan yang lain seperti
Ishak Haji Muhammad, Ali Majod, Usman Awang, Abdullah Tahir, Mana Sikana, A. Samad Said, Awam il-Sarkam, Hamzah Hussain dan Zaharah Nawawi. Tokoh-tokoh ini telah disenaraikan sebagai tokah dalam kajian untuk kursus kami. Setiap seorang tokoh telah diamanahkan untuk setiap kumpulan membuat kajian tentang tokoh-tokoh ini. Kami berharap kepada sesiapa sahaja yang melayari blog ini akan mendapat manfaat bersama dan akan mendapat lebih informasi tentang Salmi Manja serta tokoh-tokoh sastera tempatan yang telah dikaji.


AKTIVITI SEKARANG

Kini, Salmi Manja bergabung tenaga dengan Sekretariat Ibu Mithali. Beliau tidak bekerja dengan sekretariat ini tetapi hanya menghulurkan khidmat sosialnya sahaja. Beliau juga sering menghabiskan masa di Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) di Pusat Islam. Datin Saleha juga ditugaskan mewawancara ibu- ibu mithali dan menulis riwayat hidup mereka.

Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) merupakan satu yayasan yang ditubuhkan pada tahun 1974 untuk menyelaras dan menyatukan badan- badan dakwah serta membantu badan- badan ini membina pembangunan umat agar memainkan peranan aktif dalam proses kemajuan.


LATAR BELAKANG SALMI MANJA


Nama sebenar Salmi Manja ialah Saleha Abdul Rashid. Penulis tahun 80- an ini lahir di Singapura pada tanggal 24 Julai 1937. Selain daripada Salmi Manja, beliau turut menggunakan nama pena seperti Melati Desa dan Rashidah Salleh. Usman Awang memanggilnya dengan gelaran Salmi Manja yang bermaksud "namaku Manja" dalam Utusan Malaysia pada 4 Februari 1994. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah arab darul Maarif , Ipoh Lane, Singapura.

Kemudian, beliau menuruskan pengajiannya di Sekolah Inggeris Tong Chai, Tanjung Katong, Singapura. Setelah menamatkan pelajaran, beliau melangkah ke alam pekerjaan dengan memegang jawatan sebagai guru di sekolahnya yang terdahulu iaitu Sekolah Arab Darul Maarif , Ipoh Lane, Singapura. Selain itu, Salmi Manja turut bergerak sebagai wartawan di akhbar Semananjung.

Salmi Manja berhenti menulis seiring dengan peletakan jawatannya sebagai wartawan dengan akhbar Mingguan Tanah Air pada 1980- an. Saleha Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Salmi Manja mula mengenali suaminya semasa berlangsungnya pameran kraftangan di sekolahnya pada masa itu. M. Ghazali mempelawa A. Samad Said untuk melihat baju sejuk hasil kerja tangan Salmi Manja sendiri. Perkenalan itu telah membawa kepada jinjang pelamin pada 9 April 1958. Hasil perkongsian hidup beliau dan suami, mereka dianugerahkan empat orang cahaya mata iaitu Siti Senja, Helmy, Sita Dini dan Sina Raihan.

Pada peringkat awal penulisannya, Salmi Manja banyak mengungkapkan tema kewanitaan dengan hukum Islam menjadi neraca dalam karyanya. Kecenderungan terhadap menghasilkan karya berkaitan kehidupan dimulakan dengan penulisan novel sulungnya iaitu Hari Mana Bulan Mana pada tahun 1960. Himpunan cerpennya ialah Daun- daun Berguguran bersama A. Samad Said yang membawa tema penderitaan dalam karya-karyanya.

Setelah tidak lagi aktif menulis, Salmi Manja bekerja semula di majalah Keluarga dan kemudian majalah Nora dengan memantau ruangan sastera.
KARYA TOKOH


KUMPULAN CERPEN

BADAN PIATU DI RANTAU ORANG (1965)
  • Hatinya pilu
  • Perempuan di luar kaca
DAUN-DAUN BERGUGURAN (1979)
  • Budak-budak
  • Hatinya kusut

HIMPUNAN NOVEL
  • HARI MANA BULAN MANA (1960)
  • DARI MANA PUNAI MELAYANG (1961)
  • HENDAK HUJAN HUJAN SEKALI (1967)
  • ENTAH MENGAPA HATIKU DUKA (1968)
  • SAYANG USTAZAH SAYANG (1968)
  • RINDU HILANG DI TAPAK TANGAN (1968)

Thursday, February 11, 2010



BIBLIOGRAFI
A.Samad Said dan Salmi Manja. 1979. Daun-daun Berguguran. Kuala Lumpur
:Federal Publications.

Dewan Sastera. 2000. Salmi Manja Tidak Berhenti Menulis dalam Dewan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Shamsuddin M. Yusof. 1999. Sejarah Sastera Melayu Moden Sesudah Tahun 1800. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yahaya Ismail. 1979. Sejarah Sastera Melayu Moden. Shah Alam: Fajar Bakti.